fbpx

#1 COACH DIGITAL MARKETING MILLENIUM MALAYSIA

AZRIEL QUSHAIRI

Mentor & Master Trainer Berpengalaman Dalam Perniagaan & Pemasaran, Juru Strategi, Pengarang Buku Dan Sociopreneur

AZRIEL QUSHAIRI - PENGASAS & MASTER TRAINER MBIZNOW

Azriel Qushairi merupakan UltraDigital Marketing Expert dan juga seorang usahawan internet & trainer kepada ribuan usahawan. Beliau memulakan perniagaan internet ni sejak tahun 2010 bermula dengan menjual produk fizikal & digital di pasaran tempatan sebagai dropshipper dan ejen affiliate.

Sejak tahun 2010 sehingga kini beliau mendalami pelbagai teknik pemasaran yang fokus secara khusus kepada pemasaran online iaitu pemasaran digital. Bukan sekadar menjual produk fizikal beliau juga melebarkan sayap perniagaan dengan menjual produk-produk digital yang beliau hasilkan. Alhamdulillah beliau berjaya menghasilkan jualan yang konsisten setiap bulan & membina empayar perniagaan sendiri hasil menjalankan teknik-teknik yang beliau temui & pelajari dari mentor hebat.

Paling penting beliau juga telah membantu ramai usahawan baru mahupun lama yang melebarkan perniagaan mereka menggunakan pemasaran digital melalui Kelas & Seminar Virtual (online). Melalui Kelas Virtual ini, beliau bantu usahawan untuk mewujudkan bisnes mereka di platform online, menjadikan bisnes mereka berjaya menarik lebih ramai pelanggan ,meningkatkan jualan mereka sebanyak 300% dan kembangkan jenama mereka.

Ramai antara pelajar beliau yang dah mencapai JUALAN 5-6 angka sebulan. Dikalangan mereka ada yang pemilik bisnes Agensi Perlancongan, Latihan, Kesihatan, Pakaian, Kecantikan. Malah ada dikalangan mereka telahpun mencapai jualan jutaan ringgit, capai tahap kebebasan masa dan kewangan, berjaya mencapai impian mereka. Antara beberapa pelajar beliau yang berjaya adalah seperti jenama Anjat Titew, Ronella, HM Cetak Niaga, Team Stokis As Legacy dan lain-lain .

"Jika nak hidup BIASA-BIASA, jangan pernah merungut, Jika nak hidup LUARBIASA, Jangan pernah Putus Asa"

PENCAPAIAN & PENGIKTIRAFAN

2015, Hasil upgrade ilmu dengan mentor, beliau telah menganjurkan seminar sendiri, hanya 20 orang sahaja yang hadir daripada target 200 orang ke seminar beliau yang pertama di Sungai Petani, Kedah tapi dengan 20 orang tu lah beliau berjaya sampai ke tahap sekarang. tahun 2015 juga beliau anjurkan mini class dan bengkel pemasaran secara online dan offline. (lebih berfokus kepada online kerana lebih mudah diuruskan).

2016 hingga sekarang beliau dah mula melancarkan coaching premium Emerald dan Diamond yang berharga tak murah dan bukan semua orang layak, bertujuan untuk membina circle usahawan beliau sendiri. dan beliau mendapat gelaran Mentor muda Digital marketing iaitu 1# Mentor Millenial Digital Marketing

Beliau sangat teruja dapat berkongsi ilmu dan pengalamannya kepada mereka yang memerlukan. Sehingga sekarang beliau telah berkongsi lebih daripada 3,000 konten tips dan infomasi berkenaan pemasaran secara online. Betul lah kata orang, what you give, you get back.

Bermula 2018 hingga kini, beliau telah diiktiraf oleh hubspot sebagai:

  • Inbound Certified
  • Inbound Marketing Certified
  • Email Marketing Certified
  • Content Marketing Certified
  • Social Media Marketing Certified
  • Growth-Driven Design Certified

Dengan ilmu dan pengalaman beliau inilah beliau mampu membantu lebih daripada 300 orang usahawan dimalaysia kembangkan perniagaan mereka, jadikan jenama mereka lebih dikenali, Jualan lebih banyak, mampu berikan apa sahaja untuk ibubapa mereka dan paling penting capai kebebasan kewangan dan masa untuk luangkan bersama keluarga tersayang.

Pada tahun 2019 beliau digelar 1# Coach Millenial Digital Marketing (Jurulatih muda).

Doakan beliau supaya terus konsisten membantu para usahawan seperti anda capai lebih banyak kejayaan..

Scroll to Top